Monday, 28 April 2014

Kepentingan Kitar semula


Kepentingan kitar semula :

- Menyelamatkan dan mengurangkan penebangan pokok yang menjadi sumber oksigen kepada makhluk di bumi serta mengurangkan kesan rumah hijau ke atas bumi ini
- Mengurangkan kemusnahan dan pencemaran di samping memelihara alam sekitar untuk memperolehi kehidupan yang lebih selesa, aman dan tenang.
- Menggalakkan generasi akan datang terus berusaha untuk memelihara alam semulajadi dari dicemari dan dijaga dengan baik agar kehidupan makhluk di bumi sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa.

Kertas


Kitar Semula Kertas


Fakta mengenai kertas
  • Lebih dari 70% tenaga dapat dijimatkan jika kertas kitar semula diproses berbanding membuat kertas dari bahan asasnya. 
  • Proses kitar semula kertas mengurangkan 73% pencemaran udara berbanding proses membuat kertas dari bahan asasnya.
  • Di United Kindom sahaja, secara purata sebanyak 38kg kertas digunakan oleh setiap seorang penduduknya dalam setahun.
  • Sebanyak 24 pokok pine diperlukan untuk menghasilkan 1 tan kertas suratkhabar.


Kitaran Kertas


Kitar Semula Kertas
Kitaran Kertas 


Apa itu kitar semula ?



Tong Kitar Semula


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

P/s : Pelihara alam sekitar kita !

Selipar Comel

Selipar Comel


Kasut atau selipar merupakan kegunaan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Ia digunakan sebagai alas kepada bahagian tapak kaki untuk bergerak ke mana-mana. Kebiasaannya, kasut kita dapat lihat ia sering digunakan di luar rumah. Kini, saya inovasikan selipar yang digunakan di dalam kamar tidur. Bahan yang diguna ialah tapak kasut lama yang diubah menjadi "selipar comel".

A)    Bahan yang digunakan
-          Span nipis
-          Kain perca
-          Gunting
-          Hot Glue Gun
-          Tapak kasut lama
-          Benang dan jarum
-          Foam
-          Mata “bear”

)                                B)   Cara pembuatan
- Mula-mula, lukis bentuk selipar di atas span nipis
- Kemudian, guntingkan bentuk yang telah dilukis sebentar tadi
- Guntingkan juga kain perca menjadi bentuk selipar dan tampalkan kain perca yang telah digunting tadi di atas span nipis
- Selepas itu, jahitkan bahagian tepi selipar bagi nampak lebih kemas
- Selesai menjahit, lukiskan pula bentuk separa D bagi bahagian atas selipar
- Tampalkan juga kain perca di atas kabus yang digunakan untuk bagi bahagian atas selipar itu lebih keras.
- Setelah itu, jahitkan juga bahagian atas selipar tadi sehingga membentuk seperti selipar yang sesuai untuk dijadikan selipar di dalam bilik

C)   Kegunaan
-  Menjadi keperluan kepada manusia dalam kehidupan manusia (pakaian)
            - Menjimatkan kos kewangan
            - Mudah untuk digunakan di dalam bilik tidur
DOMPET


Kotak boleh dijumpai dimana-mana terutama premis perniagaan.Hal ini demikain kerana,semua barang biasanya diletak dalam kotak.Namun kotak itu biasanya dibuang begitu saja tanpa kita sedari bahawa kotak itu boleh digunakan untk menghasilkan dompet yang boleh kita gunakan.







Cara membuat dompet












1-Potong kotak mengikut saiz yang anda suka samada segi empat tepat atau sebaliknya















2-Lipat kotak menjadi dau bahagian seperti dalam gambar diatas















3-Tampalkan bahagian dalam iaitu seperti poket syiling dan sebagainya dengan kotak yang lebih nipis agar        mudah dibentuk














4-Akhir sekali,tampalkan dengn kain fab dibahagian luar bai mencantikkannya dan tmpal zig zag bagi                memastikan dompet tidak selalu terbuka. Siap dan lihatlah hasilnya.


 
BEKAS MENYIMPAN ALAT TULIS
 
 
 
 
 
Cara-cara membuatnya :
 
 
 
1.Barang yang diperlukan poket seluar, gabus, kain perca, gam dan berus.
 
 

 
 
2.Hamparkan kain perca seperti gambar di atas, kemudian letkkan gabus di atasnya.
 
 
 

 

 
 
3.Balutkan gabus dengan kain perca dan gamkannya seperti dalam gambar.
 
 
 

4.Seterusnya, sapukan gampada poket seluar kemudian lekatkan poket tersebut pada bahagian hadapangabus yang telah dibalut.
 
 
 
 
 
5.Siap untuk digunakan.




 
6.Anda boleh menghiasnya mengikut kretiviti sendiri supaya lebih menarik.