Saturday, 26 April 2014

INOVASI 1

INOVASI 1 :
BOTOL SYAMPU MENJADI BEKAS LETAK TELEFON BIMBIT SEMASA CAS.
            Sebagai seorang pelajar, tidak kira di mana anda berada pasti akan ada barang-barang terbuang yang dapat kita lihat. Di dalam rumah, di luar rumah malah di mana-mana sahaja dan sama ada dibuang dalam tong sampah atau merata-rata tempat. Pengakhirannya sama ada ia akan tertimbus dan hanyut lalu mereput, terbakar atau akan menjadi abu. Tetapi ada satu kemungkinan yang ianya mampu memanjangkan hayat barang-barang terbuang iaitu dengan kitar semula barang-barang plastik, kertas dan sebagainya untuk dijadikan bahan asas semula atau diguna semula dengan cara yang berbeza rupa, bentuk serta fungsinya.
            Melalui idea kreatif ini barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh di guna semula untuk dijadikan sebagai bekas letak telefon bimbit semasa cas. Bentuk botol syampu yamg besar ini sesuai untuk saya jadikan bekas letak telefon bimbit. Idea kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda semua lakukan.
*      Cara-cara membuat bekas letak telefon bimbit semasa cas ialah :
       
1)      Mula-mula anda memerlukan botol syampu yang terpakai dan pisau.
2)      Kemudian potong sebelah botol separuh dan sebelah lagi potong bahagian atasnya sahaja seperti gambar di atas.
3)     Potong di bahagian tengah dan jadikan ia segi empat seperti dalam gambar. Kemudian siap untuk dijadikan bekas letak telefon bimbit semasa cas.
*      Kegunaan :
Bekas letak telefon bimbit ini boleh digunakan oleh pelajar untuk meletakkan telefon bimbit mereka ketika sedang mengecas. Majoriti pelajar sekarang banyak menggunakan telefon bimbit yang canggih dan mereka boleh menggunakan bekas ini tanpa mereka perlu menghabiskan banyak duit mereka untuk membeli bekas letak telefon bimbit ini. Pelajar hanya boleh membuat sendiri tanpa mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Ianya tidak perlu membuatkan pelajar meletakkan telefon bimbit di atas meja dan boleh menyebabkannya jatuh. Jadilah kita semua boleh membuat bekas ini, dan dalam masa yang sama boleh menjaga alam sekitar tanpa perlu membuang banyak botol plastik.



No comments:

Post a Comment