Sunday, 27 April 2014

Skipping rope (Tali skipping)

INOVASI DARI PLASTIK

Plastik merupakan salah satu bahan yang boleh dikitar semula. Melalui penggunaan plastik juga dapat menggalakkan pencemaran alam sekitar berlaku. Jadi, seeloknya, sebagai individu yang prihatin terhadap penjagaan alam sekitar, kita kitar semula bahan-bahan yang diperbuat daripada plastik seperti botol air mineral plastik, bekalan beg plastik untuk mengangkut barang dan sebagainya. Melalui plastik juga, saya memilih untuk membuat inovasi "tali skipping" sebagai bahan yang boleh diguna pakai oleh seseorang individu itu. Mari kita lihat cara pembuatannya di bawah ini . :D

A. Tali Skipping (Skipping rope)

1) Bahan-bahan yang digunakan
    - Plastik-plastik terpakai
    - Salotape
    - Botol air mineral (bahagian atas)
    - Gunting


Plastik-plastik terpakai yang dikumpul

2) Langkah-langkah untuk membuat skipping rope
    - Kumpulkan plastik-plastik yang telah digunakan
    - Plastik yang bersaiz besar di gunting dua
    - setiap plastik yang digunakan, perlu dilipat nipis-nipis terlebih dahulu
    - Kemudian, gunakan salotape untuk menyambung setiap plastik yang telah dilipat tadi
    - Selepas itu, setelah ditampal setiap plastik dengan salotape.
    - Ikatkan setiap plastik itu dengan bentuk "ikatan tocang" supaya nampak lebih kemas.
    - Selesai buat "ikatan tocang", matikan setiap hujung ikatan dengan ikat simpul
    - Setelah itu, gunakan dua botol air mineral kecil.
    - Gunting botol tersebut untuk diambil bahagian atas botol tersebut untuk dijadikan pemegang kepada tali skipping tersebut.
    - Akhir sekali, kemaskan tali skipping yang dibuat tadi agar nampak lebih cantik.


 Plastik yang telah dicantumkan dan diikat "ikatan tocang"



Plastik yang menjadi tali skipping (separuh siap)



Hasil dari penggunaan plastik-plastik terpakai - tali skipping

3) Kegunaan bahan yang dihasilkan
 - Memudahkan individu melakukan senaman ( dalam rumah)
 - Menjimatkan masa
 - Mengekalkan tahap kesihatan diri
 - Menjimatkan kos kewangan

P/s : Mudah cara penghasilannya. Selamat mencuba! Pelihara alam sekitar kita! . ^_^

No comments:

Post a Comment