Monday, 14 April 2014

Projek Inovasi 2

BOTOL PLASTIK TERPAKAI MENJADI LAMPU TIDUR


Botol merupakan objek yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia digunakan sebagai bekas air minuman. Kebanyakkannya, botol-botol ini diperbuat daripada plastik. Peratusan pembuangan botol-botol dalam jangka masa sehari adalah sangat tinggi. Hal ini demikian, bakal mengakibatkan pencemaran kepada bumi. Namun begitu, terdapat beberapa cara bagi mentransformasikan botol terpakai ini menjadi bahan yang serbaguna. Sebagai contoh, botol terpakai menjadi lampu tidur.


CARA-CARA BAGI MENJADIKAN BOTOL PLASTIK MENJADI LAMPU TIDUR

1)      Sediakan peralatan dan barang yang diperlukan iaitu botol plastic kosong, sudu plastik, gam gajah, mentol, balang plastik dan gunting

2)      Kerat botol kepada dua bahagian. Ambil bahagian bawah botol dan abaikan bahagian muncung botol.

3)      Pertama sekali, Sila tebuk bahagian landai bawah botol bagi membolehkan wayar dan mentol masuk

4)      Gamkan botol dan balang plastik dengan gam gajah , supaya kedudukannya kuat dan tegap.

5)      







  





     

      Seterusnya, gunting bahagian sudu yang berlekuk dan tampal bahagian tersebut satu persatu di sekeliling permukaan botol kosong yang sudah dimasuki mentol itu

6)      Bahagian batang sudu pula, ditampal disekeliling balang plastic.

7)      Setelah selesai , nyalakan mentol dan botol anda telah bertukar menjadi lampu hiasan yang menarik dan kreatif




No comments:

Post a Comment