Monday, 14 April 2014

PROJEK INOVASI 1


BAJU TERPAKAI MENJADI BEG SERBAGUNA



Pengenalan
Seperti yang kita sedia maklum, setiap orang pasti mempunyai baju yang tidak lagi digunakan atau baju terpakai. Kebanyakkannya, baju-baju terpakai ini digunakan untuk dijadikan kain buruk dan sebagainya. Ada juga sebahagian daripada baju terpakai ini dibuang dan dilupuskan. Tanpa kita sedari, sebenarnya, baju terpakai ini boleh dijadikan beg serbaguna melalui beberapa cara yang mudah. Melalui cara ini, bumi kita dapat diselamatkan daripada peratusan pelupusan sampah yang tinggi dan merbahayakan.



Cara-cara membuat beg serbaguna dari baju terpakai
1)      Sediakan bahan yang diperlukan iaitu sehelai t-shirt terpakai, dan gunting.
2)      Hamparkan t-shirt tersebut dan gunting di bahagian bawah baju secara melintang dan simpan keratan tersebut
3)      Seterusnya, gunting sekitar 2-3 inci panjang bahagian bawah baju sehingga habis garisan melintang baju
4)      Ikat guntingan depan dan belakang satu persatu sebanyak dua hingga tiga kali simpulan supaya ikatan tersimpul mati








5)      Langkah ke 3&4 diulangi dibahagian kedua-dua lengan baju.
6)      Gunting disekeliling bahagian leher baju untuk membentuk bukaan beg.
7)      Keratan bahagian bawah baju yang disimpan tadi dijadikan tali bagi menyandang beg tersebut.

8)   Kini, beg serbaguna anda telah sedia untuk digunakan.




No comments:

Post a Comment